Mahali Jasuli Sertai Negeri Sembilan
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Selepas PJ City FC sah tidak beraksi dalam Liga Malaysia musim ini, ramai pemain mereka menjadi buruan banyak kelab. Dan hari ini, kapten dan bek kanan berpengalaman Mahali Jasuli sah menyertai Negeri Sembilan.

Sebelum ini, sudah ada ura-ura menyatakan Mahali bakal berpindah ke skuad Hoben Jang Hoben. Hari ini, ia disahkan menerusi pengumuman perpindahannya di laman media sosial mereka.

Selain PJ City, Mahali juga pernah beraksi bersama Selangor, JDT dan PKNS. Mampu beraksi di bek kanan, pemain tengah bertahan dan posis nombor 10, dia dijangka bakal menjadi aset kepada skuad bimbingan K. Devan itu.

Advertisements

Mahali juga pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia. Semasa bersama Harimau Malaya, dia membantu mereka meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 dan 2011 serta menjulang Piala AFF pada 2010.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram