Dunia
Advertisements

Bekas tonggak PKNS FC musim lalu, Mahali Jasuli kini sah menjadi pemain Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dengan kontrak selama setahun.

Pengurus PJ City, Rajendran Kahniah, mengesahkan menerima kehadirannya di dalam pasukan PJ City.

“Ya, dia sudah sertai kami dan jurulatih pun telah dimaklumkan. Dia mampu membantu pasukan secara keseluruhan,” kata Rajendran.

Advertisements

Mahali Jasuli terpaksa bergelut mendapatkan pasukan untuk beraksi musim ini selepas PKNS dijadikan sebagai kelab sokongan buat Selangor.

Selain Mahali, PJ City turut mendapatkan khidmat bekas pertahanan Selangor dan PKNS, P. Gunalan bagi saingan musim ini.

PJ City 10 Mahali Sah Bersama PJ City, Dahagakan Kejuaraan Liga-M
PJ City mempunyai misi yang jelas dalam Liga M

Sementara itu, Mahali turut mengulas, mahu melakar kejayaan dalam Liga Malaysia bersama pasukan baharunya, PJ City.

Advertisements

Meskipun disunting beberapa pasukan, Mahali berkongsi faktor utama mengapa dia memilih PJ City.

“Terus terang, saya masih dahagakan kejayaan dan masih belum puas dengan kejayaan dalam Liga Malaysia.

“Memang sasaran saya adalah untuk mencapai sebanyak mungkin kejuaraan dalam Liga Malaysia,” katanya.

Advertisements

Mahali hampir sahaja dipenghujung kariernya berikutan PKNS dijadikan sebagai kelab sokongan buat Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram