Advertising
Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Perlis FA Terhadap FAM
FAM
MakanBola
Perlis FA

Permohonan Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA) untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 tidak berhasil.

Sebelum ini, PFA mengemukakan permohonan injunksi pada 31 Disember lalu. Permohonan tersebut dikemukakan PFA selepas badan induk bola sepak negeri Perlis itu digantung FAM sebagai ahli gabungan persatuan itu pada Disember lalu.

Ad

Kini, Mahkamah Tinggi Kangar memutuskan untuk menolak permohonan PFA. Perkara ini disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Haji Rahman.

Ad

“Mahkamah Tinggi Kangar pada hari ini telah mendengar permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan memutuskan kes PFA terhadap FAM dibatalkan.

“Ini adalah susulan permohonan PFA untuk satu perintah injuksi menghalang FAM daripada meneruskan dengan Kongres FAM yang dijadualkan diadakan pada 15 Februari 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Kongres FAM Ke-61 bakal diadakan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu 15 Februari 2025.

Ad

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 menyaksikan 28 calon merebut jawatan badan induk bola sepak negara itu.

Ad