Dunia
FA Kedah
Advertisements

Setiap pemain bola sepak sudah semestinya berharap untuk mendapat tawaran baharu dari kelab yang diwakili ataupun tawaran dari kelab lain untuk terus beraksi dalam kancah bola sepak profesional.

Namun langit tidak selalunya cerah, terdapat juga kelab yang sanggup memberikan tawaran kontrak baharu kepada pemain pada saat akhir. Ini sekali gus membuatkan pemain tertanya-tanya tentang masa depan mereka bersama kelab.

Pemilik akaun Facebook, Zulkifli Ghazali yang juga usahawan peralatan sukan mendedahkan bahawa terdapat seorang pemilik kelab yang melepaskan pemain ‘last minute’. Namun begitu, identiti pemilik kelab itu tidak didedahkan.

Advertisements

Menerusi tinjauan di ruangan komen, terdapat satu komen yang ditinggalkan oleh bekas pemain Kedah dan BRM FC, Azmeer Yusof. Dalam komen tersebut, Azmeer menceritakan apa yang terjadi kepada beliau ketika beraksi dengan sebuah pasukan.

“Kisah saya lagi sedih cikgu. Main bagai nak rak, ‘first eleven’ berpuluh game, final 2-3 kali, penghujungnya kena buang. Yang simpanan dari bulan 8 dah sign kontrak baru. Siap gaji naik lagi,” coret Azmeer.

Screenshot 2022 12 17 221032 "Main Bagai Nak Rak, Akhirnya Kena Buang"- Azmeer Yusof
Komen dari Azmeer.

Tidak dapat dipastikan pasukan manakah yang dimaksudkan Azmeer namun budaya memberikan tawaran saat akhir kepada pemain seharusnya perlu ditambah baik pada masa akan datang. Mungkin satu pemberitahuan awal boleh dilaksanakan bagi membolehkan pemain mencari kelab baharu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram