Kehadiran pempengaruh terkemuka dunia, Ishowspeed telah menarik perhatian rakyat Malaysia.
Beliau yang baru sahaja tiba di Malaysia menerima sambutan hangat peminat di Malaysia yang sungguh teruja dapat bertemu dengannya.
Individu yang mesra dikenali sebagai Speed itu memiliki pengikut sekitar 60 juta dalam semua platform media sosial telah berkunjung di sekitar bandar Kuala Lumpur.
Speed juga sudah pun mengunjungi destinasi tumpuan di Malaysia seperti KLCC selain berpeluang untuk mencuba makanan terkenal di Malaysia seperti nasi lemak.
Kemesraannya dengan rakyat Malaysia menyebabkan beliau mudah menyesuaikan diri dan sempat menyapa pengunjung sepanjang perjalanannya.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial, beliau diajar untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan turut menyebut beberapa ayat slanga bahasa Melayu.
“Mak kau hijau,” ujar individu yang menyapa Speed dengan pempengaruh Youtube itu mengulanginya kembali.
Beliau datang ke Asia Tenggara dan sudah berkunjung ke beberapa buah negara seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia.