Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin mengharungi malam suka dan duka bagi aksi di Asia.
Tonggak berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Harimau Selatan dan membentuk gandingan bersama Eddy Israfilov dan Park Jun-heong untuk mengemudi pertahanan pasukan.
JDT bagaimanapun tidak bernasib baik apabila bolos dua gol dalam 6 minit pertama termasuklah ketika pemain Gwangju menekan posisi Feroz Baharudin.
Pemain sayap Gwangju, Jasir Asani memanfaatkan ruang kecil dalam kotak penalti lawan untuk melepaskan satu rembatan lencong menewaskan Andoni Zubiaurre pada minit ke-3.
Kesilapan Feroz yang tidak melepaskan bola lebih awal mengundang padah apabila Jasir Asani menekan posisinya sebelum menjaringkan gol kedua buat tuan rumah.
Beliau menebus kehampaan pada babak pertama apabila menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan hasil sepakan sudut pada minit ke-28.
Kemenangan bagaimanapun kekal memihak kepada Gwangju dengan keputusan 3-1 berdepan JDT untuk memastikan wakil Korea itu kekal mendahulu carta kumpulan ACLE selepas 3 perlawanan.
JDT akan bertemu Ulsan HD bagi aksi keempat pada 5 November jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.