Malaysia Atur Perlawanan Persahabatan Bertemu Palestin?
Asia
Gambar Schlaich Bergermann Partner
Advertisements

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin, Jibril Rajoub, Malaysia dan Palestin dijangka bakal bertemu dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada September ini seperti yang dilaporkan oleh ASEAN Football.

Perlawanan ini adalah sebagai persediaan kedua-dua pasukan untuk mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023.

Malaysia dan Palestin layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia setelah mengakhiri pusingan kelayakan Piala Dunia dikedudukan ke-3 kumpulan G dan D.

Advertisements

Kali terakhir Malaysia bertemu pasukan dikedudukan ke-104 dunia ini adalah pada 12 November 2015 di mana Malaysia tewas 6-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan perlawanan persahabatan ini namun rata-rata penyokong bola sepak Malaysia menyambut baik usaha ini memandangkan hubungan kedua-dua negara amat baik.

Piala Asia bakal dilangsungkan di China pada 16 Jun hingga 16 Julai 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram