Malaysia Bantai Indonesia 9-2

Malaysia Indonesia Malaysia Bantai Indonesia 9-2
Foto: FA Malaysia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Malaysia kini mencipta satu lagi kemenangan bergaya ke atas Indonesia setelah membenam mereka dengan kejayaan besar 9-2 hari ini.

Pertembungan dalam Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 ini menyaksikan Harimau Malaya mempamerkan taring yang cukup berbisa bertemu musuh tradisi kali ini.

Advertisements

Sungguhpun ketinggalan pada awalnya. Malaysia kekal bermotivasi tinggi untuk meledak 4 gol segera dalam tempoh 7 minit sekaligus menutup peluang Sang Garuda dalam pertembungan epik ini.

Detik itu membuatkan Indonesia tidak dapat menandingi kehebatan wakil negara yang bergerak secara unit ketika bertahan dan juga menyerang.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Chonburi itu juga menjadi permulaan terbaik buat anak didik Wan Adremy Indrera untuk terus mencatat keputusan positif.

Persembahan berpasukan yang mantap ditampilkan selain kecemerlangan bintang pasukan bola sepak pantai negara seperti Hasrol Ali yang mencipta hatrik turut memusnahkan harapan Indonesia.

Advertisements