Ads
Malaysia Berpeluang Berada Di Pot 1 Kelayakan Piala Asia
Harimau Malaya
FA Malaysia

Malaysia masih berpeluang untuk berada di pot 1 undian pusingan 3 Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan dilangsungkan pada 19 Disember 2024.

Advertisements

Malaysia kini bergelut untuk memintas ranking India sebelum kalendar FIFA 2024 ditutup pada 19 November 2024 untuk merebut slot pot 1 undian.

Advertisements

India berada di kedudukan ke-6 daripada 24 pasukan yang berada dalam pusingan 3 kelayakan manakala Malaysia berada di kedudukan ke-7 dengan perbezaan kini hanya 15.88 mata berbanding sebelum ini, 31.81 mata.

Advertisements
Advertisements

Dalam kalendar FIFA 2 September hingga 10 September baru-baru ini, India kehilangan -5.87 mata selepas sekadar seri bertemu Mauritius dan tewas 0-3 kepada Syria manakala Malaysia berjaya memperoleh mata maksimum tambahan +10.06 selepas berjaya menewaskan Filipina dan Lubnan.

Misi yang difikirkan mustahil sebelum ini kini nampak semakin terbuka luas untuk pasukan Malaysia memperoleh mata maksimum untuk baki 4 perlawanan sebelum undian rasmi pada 19 Disember ini.

Advertisements

Malaysia dijadulkan bertemu New Zealand 14 Oktober ini namun masih belum ada khabar berita untuk baki 3 slot perlawanan lagi.

Setakat hari ini, antara pasukan yang tersedia dan difikirkan sesuai untuk menjadi medan ujian skuad Pau Marti adalah Singapura, Myanmar dan Thailand yang masih belum memiliki lawan untuk baki slot 4 perlawanan pada Oktober dan November ini.

Advertisements

Berikut merupakan potensi mata yang bakal diperoleh Malaysia jika berjaya menewaskan pasukan-pasukan terlibat: New Zealand vs Malaysia (+6.19), Malaysia vs Singapura (+3.97), Malaysia vs Myanmar (+3.79), dan Malaysia vs Thailand (+6.00) dengan anggara keseluruhan mata adalah +19.95.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram