Ads
Malaysia Berpotensi Miliki 6 Wakil Di Hangzhou
UltraSukan
MSN/OCM/Victor Malaysia

Enam wakil badminton Malaysia miliki peluang besar untuk terpilih menyertai World Tour Finals (WTF) di Hangzhou, China pada Disember hadapan.

Advertisements

Persembahan positif para pemain badminton negara dalam kejohanan kebelakangan ini telah melonjakkan kedudukan ranking dan pungutan mata untuk layak ke WTF penghujung tahun ini.

Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berpeluang untuk kembali ke WTF setelah kali terakhir pemain kelahiran Kedah ini layak adalah pada tahun 2021 di Bali, Indonesia.

Advertisements
Advertisements

Zii Jia kini menduduki tangga ke-6 carta Race To Hangzhou dengan kutipan 64,860 mata dan berpotensi besar untuk berada dalam kelompok lapan pemain perseorangan lelaki terbaik.

Bagi acara beregu lelaki, kejayaan Nur Izzuddin-Goh Sze Fei muncul juara di China Open melonjakkan kedudukan mereka ke tempat kelima dengan 67,760 mata untuk memintas Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Advertisements

Sementara, dua lagi pasangan negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri perlu bersaing sesama sendiri bagi merebut satu lagi tempat selaku wakil kedua Malaysia bagi acara beregu lelaki.

Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah juga berada dalam landasan terbaik untuk layak beraksi di WTF dengan juara Hong Kong Open ini mengukuhkan tempat mereka di tangga kelima carta.

Tiga beregu campuran kini sedang bersaing hebat untuk merebut dua tiket ke Hangzhou dengan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kekal di tempat kedua bagi carta keseluruhan dengan 76,280 mata.

Naib juara China Open, Goh Soon Huat-Shevon Lai pula mengekori rapat di belakang dengan 73,610 mata manakala Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berada tidak jauh di kedudukan kelima keseluruhan.

Advertisements

World Tour Finals merupakan kejohanan penutup yang mengumpulkan lapan pemain terbaik bagi setiap kategori bagi merebut wang kemenangan berjumlah USD2.5 juta sekitar RM10,351,669.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram