Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin tekad untuk bangkit mencipta kemenangan dalam aksi menentang Oman pada Selasa kelak. Malaysia dijadual menentang Oman pada 26 Mac jam 10 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ketika ditemu bual Astro Arena selepas perlawanan tempoh hari, Stuart menjelaskan Malaysia perlu melupakan kekalahan 2-0 keatas Oman dan segera memperbaiki setiap ruang kelemahan.
“Saya kira Malaysia boleh belajar dari taktik yang Oman gunakan ketika menewaskan kami dan kami perlu cuba untuk baiki setiap kelemahan tersebut.”
Pemain berusia 26 tahun ini juga yakin rakan sepasukannya sememangnya mampu untuk melakar kemenangan. Ini kerana Malaysia sebenarnya sudah bersedia untuk beraksi di tahap tertinggi seperti ini.
“Saya yakin kami mampu tewaskan Oman nanti kerana kami juga pernah beraksi dalam perlawanan yang bertaraf tinggi sebelum ini.”
“Kami berharap dapat melupakan perlawanan bertemu Oman sebelum ini dan fokus dalam aksi kedua untuk mendapatkan keputusan yang baik di Stadium Bukit Jalil nanti,” ujar Wilkin.
DKetika ini, Oman sedang mengungguli carta kedudukan dalam saingan Kumpulan D dengan enam mata, berkongsi mata bersama Kyrgyzstan (2) dan Malaysia (3). Kedudukan ini hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan.
Malaysia dalam misi mengutip tiga mata berdepan Oman bagi memastikan mata maksimum diraih Harimau Malaya sebelum berentap dalam dua aksi terakhir berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada bulan Jun kelak.