Malaysia Buru Kemenangan Bertemu Thailand Demi Banggakan Penyokong
Blog
FAM
Advertisements

Selepas mencatatkan dua kemenangan bertemu Laos dan Mongolia, penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Azri Ab Ghani mahu pasukan negara terus memberikan fokus sepenuhnya untuk buru kemenangan ketiga dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Thailand pagi esok.

Penjaga gol utama pasukan Perak FC itu diturunkan untuk kedua-dua perlawanan terawal yang menyaksikan beliau kebal tanpa dibolosi. Azri percaya kecemerlangan rakan-rakan sepasukan terutamanya di benteng pertahanan banyak membantu beliau menjadi benteng terakhir pasukan negara.

“Secara jujur, saya sangat gembira dapat mengharungi dua perlawanan tanpa dibolosi tetapi percaya pujian itu wajar diberikan kepada rakan-rakan sepasukan yang lain khususnya di benteng pertahanan.

Advertisements

“Saya lihat pasukan sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan cuaca di Mongolia dan sebab itu pada aksi pertama kami agak bergelut, tetapi situasi berbeza pada aksi kedua kelmarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Selain berpendapat tekanan lebih dirasai di kem Thailand, Azri turut memasang impian untuk memburu kemenangan demi membanggakan penyokong bola sepak Malaysia.

“Buat masa ini kedudukan masih memihak kepada pasukan negara selepas merekodkan dua kemenangan berturut-turut dan sudah tentu tekanan ketika ini adalah kepada Thailand.

Advertisements

“Jadi, peluang untuk kita layak ke pentas Piala Asia B-23 tahun depan agak cerah jika meraih sekurang-kurangnya keputusan seri.

“Namun, sudah tentu kemenangan yang kami buru kerana mahu penyokong bola sepak negara bangga apabila pasukan pulang ke tanah air nanti,” katanya.

Secara matematik, Malaysia perlu mengelak kekalahan kepada Thailand untuk mara ke Piala Asia B-23 2022 secara merit. Manakala buat Thailand, mereka wajib menewaskan Malaysia untuk layak. Perlawanan Malaysia bertemu Thailand akan dilangsungkan pada jam 11 pagi esok di Stadium MFF, Ulaanbaatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram