Malaysia Catat Unjuran Positif Ranking FIFA Sepanjang Piala AFF
Dunia
FA MALAYSIA
Advertisements

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon menamatkan cabaran kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di peringkat separuh akhir.

Sungguhpun tewas kepada Thailand di separuh akhir dengan agregat 3-1, Harimau Malaya masih berjaya mencatat unjuran positif bagi ranking FIFA sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Mencatat sebanyak empat kemenangan dan dua kekalahan, Malaysia berjaya menambah sebanyak +5.385 mata. Ini bermakna, Malaysia bakal melonjak naik ke kedudukan 142 dunia, melonjak naik 3 anak tangga dari kedudukan sebelum ini.

Advertisements

Untuk rekod, sepanjang ketua jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-Gon dilantik sebagai pengendali kebangsaan sejak Mac 2022, beliau telah membantu Malaysia melonjak sebanyak 12 anak tangga ranking dunia dari kedudukan 154 dunia ke 142 dunia dan membawa Harimau Malaya layak secara merit ke pentas Piala Asia.

Setakat ini, Malaysia cuma tewas sebanyak empat kali di tangan Singapura, Bahrain, Vietnam dan Thailand di bawah pimpinan Kim Pan-gon.

Jika dilihat berdasarkan perlawanan antarabangsa yang bakal dihadapi Malaysia tahun ini, Malaysia mampu menamatkan tahun 2023 di kedudukan 130 dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram