Malaysia Dalam Fasa Akhir Implementasi Sistem VAR
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Hasrat untuk melihat mutu bola sepak Malaysia meningkat pada satu tahap yang lebih baik semakin tercapai selepas sistem VAR kini dalam fasa akhir pelaksanaannya.

Khabar gembira ini dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa sistem bantuan pengadil itu bakal diimplementasikan tidak lama lagi.

Advertisements

Menurut FAM, seramai 40 orang pengadil Malaysia bersama 14 ‘replay operator’ kini menjalani latihan fasa kedua ‘Video Assistant Referee’ (VAR) bermula 26 Ogos hingga 11 September 2023 sebagai langkah persiapan awal pelaksanaan VAR di Liga Malaysia. 

Latihan fasa pertama VAR ini telah pun dijalankan pada 15 dan 16 Julai yang lalu secara dalam talian. 

Advertisements

Langkah progresif ini telah diambil dan menjadi inisiatif oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Beliau menyatakan hasrat untuk melihat arena bola sepak negara berjalan seiring dengan perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa terutama sekali di peringkat  FIFA. 

Advertisements

Persiapan ini dijangka bagi memastikan bahawa perlawanan peringkat asia seperti Piala AFC dan ACL di laman sendiri dapat berjalan lancar dengan penggunaan VAR.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin telah mengesahkan penggunaan VAR semasa membuat tinjauan di Stadium Likas hari ini. 

Advertisements

“Saya melihat proses penambahbaikan dan naik taraf Stadium Likas berada pada landasan menepati jadual yang telah dipersetujui,” katanya kepada media seperti dilaporkan Jesselton Times.

“Penggunaan teknologi tinggi iaitu sistem Scoreboard dan sistem VAR merupakan satu perkembangan positif kepada sukan bolasepak Sabah dan pastinya peminat-peminat sukan bolasepak sudah lama tertunggu-tunggu perubahan positif kepada stadium ini,” tambahnya.

Advertisements

Latihan fasa kedua VAR kali ini meliputi aspek penggunaan simulator VAR dengan menggunakan sebanyak 150 klip video bagi setiap pengadil.  

Setiap klip video yang digunakan telah diiktiraf oleh FIFA bagi digunakan sebagai latihan.  

Advertisements

Setiap proses latihan ini akan memberi penekanan kepada aspek penggunaan teknologi simulator VAR yang berkonsepkan ‘minimum interference, maximum benefits’ tanpa merencatkan kelancaran perlawanan. 

Advertisements

Latihan VAR ini akan diteruskan dengan latihan fasa ketiga yang dijangka diadakan pada bulan November dan Disember 2023. 

Penantian

Advertisements

News Comments Account