Malaysia Diperkuat 6 Pemain Kacukan & Naturalisasi Di UAE
Trivia
Advertisements

Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat skuad Kebangsaan berada di kedudukan terbaik Asia kini semakin menjadi kenyataan apabila seorang demi seorang pemain naturalisasi mula diberikan kerakyatan.

Dengan prestasi semasa Meor Zulhelmi De Paula yang baik selepas menjaringkan dua gol ketika menentang JDT dan aksi mengiurkan Liridon di Australia, skuad jagaan Tan Cheng Hoe kelihatan begitu mantap sekali.

Berikut merupakan senarai 6 pemain kacukan dan naturalisasi Harimau Malaya ke UAE:

Advertisements

1- Matthew Thomas Davies

Matt Davies lahir di Perth, Australia dan pernah beraksi di A-League bersama pasukan Perth Glory. Seorang pemain pertahanan kanan yang bermain ‘simple football’ dan mempunyai hantaran yang baik buat bahagian atas pasukan.

Matt Davies beberapa kali membantu pasukan negara dengan aksi bertahannya yang cemerlang dan ‘overlapping’ yang baik sama seperti Corbin-Ong.

Advertisements

Davies telah beraksi lebih 44 kali bersama pasukan senior dan bawah 23 tahun negara.

2- La’Vere Corbin-Ong

‘Orang besi’ JDT ini terkenal dengan kelincahannya dalam membantu serangan pasukan JDT dan Harimau Malaya. Walaupun bermain sebagai pertahanan kiri, beliau kerap membuat ‘overlapping’ yang sedikit sebanyak membantu pasukan yang diwakilinya.

Advertisements

Corbin lahir di London, England dan membesar di Kanada. Mimiliki 10 cap bersama pasukan Malaysia, Corbin merupakan pemain utama di bawah kepimpinan Tan Cheng Hoe.

3- Mohamadou Sumareh

Sumareh yang kini bermain bersama pasukan Johor Darul Ta’zim lahir di Fajara, The Gambia. Berumur 26 tahun dan beliau berjaya memikat hati rakyat Malaysia dengan jaringan-jaringan penting bersama pasukan negara. Sumareh kini telah memperoleh 19 cap antarabangsa dengan 6 jaringan.

Advertisements

4- Brendan Gan

Bekas pemain Sydney FC ini juga merupakan Pemenang Anugerah Emas Pemain Tahunan Liga Perdana New South Wales selepas mempamerkan aksi cemerlang di Australia.

Beliau menjaringkan 5 gol dalam 34 penampilan bersama skuad senior Sydney FC dan telah beraksi sebanyak 20 kali buat pasukan senior Malaysia dan skuad bawah 23 tahun.

5- Guilherme De Paula @Zulhelmi De Paula

De Paula yang sebelum ini dikatakan sebagai ‘kuda tua’ dan satu pembaziran selepas menerima kerakyatan Malaysia akhirnya membuktikan kemampuannya sebagai seorang penyerang prolifik pasukan Perak.

De Paula lahir di Brodosqui, Brasil dan mempunyai pengalaman luas beraksi di pelbagai liga di pelbagai negara.

6- Liridon Krasniqi

Liridon yang sebelum ini berehat panjang selepas mengalami kecederaan teruk di Melaka United kembali beraksi cemerlang di A-League bersama Newcastle Jets.

Pemain kelahiran Kosovo ini pernah beraksi bersama skuad Albania bawah 21 tahun, skuad kebangsaan Kosovo dan kini menanti peluang untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Diharapkan pasukan negara berjaya membuktikan sesuatu di UAE kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram