Malaysia mencatat sejarah apabila skuad bawah 19 tahun negara berjaya menewaskan Thailand sekaligus menjuarai kumpulan G.
WE DID IT! 💥 #HarimauMalaya B-18 berjaya menewaskan pasukan #THA 🇹🇭 hasil jaringan Umar Hakeem untuk muncul sebagai juara Kumpulan G sekaligus melayakkan diri ke #AFCU19 2020!
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 10, 2019
TAHNIAH, BOYS! 🔥🔥🔥 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/kdbUppjh9m

Perlawanan bermula baik dengan kedua-dua pasukan berjaya membuat gerakan berbahaya. Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan.
Malaysia akhirnya menamatkan kebuntuan jaringan apabila Umar Hakeem berjaya menjaringkan gol selepas berjaya menolak kemas bola hantaran rakan sepasukan pada minit ke-84.
Read also:

Thailand yang semakin tertekan membuat serangan bertubi-tubi namun Malaysia mengekalkan keputusan perlawanan lantas layak ke Piala Asia Bawah 19 Tahun 2020 di Uzbekistan.