Malaysia Terpaksa Lupakan Khidmat Dion Cools dan Syahmi Safari
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Dua pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools dan Syahmi Safari terpaksa digugurkan daripada senarai 24 orang pemain yang bakal dibawa untuk perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan Oktober ini.

Ini susulan kecederaan yang menimpa dua pemain ini menyebabkan mereka terpaksa disisihkan kerana difahamkan tidak sempat pulih sebelum pasukan negara berangkat ke Amman, Jordan pada 3 Oktober ini.

Menurut satu kenyataan laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ,Tan Cheng Hoe sudah pun menyenaraikan dua orang pemain yang dilihat menjadi calon terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh dua pemain tersebut.

Advertisements

Difahamkan, nama pertahanan tengah pasukan Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni yang cemerlang beraksi bersama pasukan kendalian Nafuzi Zain pada musim ini termasuklah ketika mencatatkan kemenangan ketika menewaskan pasukan Selangor semalam.

Selain itu, seorang lagi pemain yang turut mendapat panggilan ialah pertahanan kiri pasukan Kedah darul Aman FC, Ariff Farhan Md Isa. Pemain berusia 25 tahun ini menjadi watak penting buat pasukan Aidil Sharin sehingga berjaya meraih tempat kedua dalam saingan Liga Super musim ini.

Ia sekaligus menyebabkan pasukan dari utara tanah air itu berjaya meraih satu slot untuk beraksi di AFC pada musim hadapan.

Advertisements

Kelibat dan persembahan dua pemain ini pastinya ditagih oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam usaha mencari ramuan terbaik bagi mempersiapkan pasukan untuk kejohanan Piala Suzuki AFF yang dijangka berlangsung Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram