Malaysia Menang, Tan Cheng Hoe Enggan Dabik Dada
MakanBola
Malaysia NT

Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe tidak mahu mendabik dada selepas menyaksikan anak buahnya menewaskan Myanmar, dalam aksi pembukaan Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup.

Jurulatih kelahiran Alor Setar, Kedah itu berharap kemenangan tersebut menjadi pemangkin untuk Malaysia meneruskan momentum positif dalam aksi seterusnya, sambil menuntut barisan pemainnya kekal fokus.

“Kita bekerja sangat keras untuk kembali kepada permainan (selepas ketinggalan) untuk memenangi perlawanan ini.

“Semestinya sebagai jurulatih saya sangat Gembira. Saya harap para pemain teruskan fokus untuk perlawanan seterusnya,” jelas Cheng Hoe kepada media dalam sesi sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi sulung Harimau Malaya di ASEAN Hyundai Cup 2026 menentang Myanmar, Malaysia terlebih dahulu dibolosi seawal minit ke-10 menerusi jaringan Myat Kaung Khant.

Malaysia bagaimanapun bangkit di separuh masa kedua melalui dua jaringan hasil penyudah Paulo Josue sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga menewaskan tuan rumah.

Untuk aksi seterusnya, Malaysia bakal menentang Laos pada 28 Julai manakala Myanmar pula akan menentang Filipina pada tarikh yang sama.