Malaysia Menjuarai Kejohanan AFF U15 2019
Dunia
MakanBola
Advertisements

9 Ogos 2019, Malaysia berjaya menewaskan pasukan Thailand di Institut Pendidikan Jasmani Kampus Chonburi 1-2 sekaligus menjuarai Kejohanan AFF Bawah 15 Tahun.

Sebelum ini kedua-dua pasukan bertemu sesama sendiri dalam kumpulan B dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Advertisements

Sebelum ini juga skuad muda negara beraksi cemerlang dalam kejohanan ini selepas berjaya membenam pasukan kuat seperti Australia di peringkat kumpulan dan Vietnam di separuh akhir.

67742320 2596583713739652 7266523497290006528 n Malaysia Menjuarai Kejohanan AFF U15 2019

Pada babak separuh masa pertama pasukan tuan rumah berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan Sitta Bunla pada minit ke-16.

Advertisements

Pada minit ke-68 Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan deras Muhammad Isin ke gawang Thailand. Asakan bertali arus Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Nabil Kaiyan berjaya menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut pada mini-minit terakhir perlawanan.

sys 2eec03387f3bb0e42c736af258cc22a3 Malaysia Menjuarai Kejohanan AFF U15 2019

Keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada skuad muda negara.

Advertisements

Lihat highlight perlawanan Thailand 1-2 Malaysia

Gambar FA Thailand / FA Malaysia

Advertisements

News Comments Account