Malaysia Panggil Pertahanan Kelab US, Kanchenjeet Kaur
MakanBola
FA Malaysia

Skuad bola sepak wanita Malaysia memanggil seorang pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) bagi menghadapi dua aksi antarabangsa di Bhutan.

Pemain yang dimaksudkan ialah pemain pertahanan Miami Dade Sharks, Kanchenjeet Kaur Nanua. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai 27 pemain Malayan Tigress baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama Kanchenjeet beraksi buat skuad negara. Ini kerana beliau pernah dipanggil Malayan Tigress untuk kempen Sukan SEA 2023.

Kanchenjeet beraksi sebanyak tiga perlawanan sepanjang kempen Malayan Tigress di Phnom Penh, Kemboja.

Selain beliau, Malaysia turut memanggil ramai pemain berpengalaman untuk kem kali ini. Antara yang dipanggil ialah Nurul Azurin Mazlan, Steffi Sarge Kaur, Intan Sarah Anisah Zulgafli dan Nur Lyana Soberi.

Skuad negara yang dibimbing jurulatih baharu dari Brazil, Joel Cornelli akan berdepan Bhutan dan Hong Kong di Bhutan.

Aksi persahabatan pertama menentang Hong Kong berlangsung pada 31 Mei. Ini disusuli aksi menentang Bhutan pada 3 Jun.

Kesemua dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 itu akan diadakan di Stadium Changlimithang, Bhutan. Ini sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2026.