Malaysia Perlu Segera Tutup Buku Lama, Fokus Aksi Bertemu Uzbekistan
Dunia
Jordan FA
Advertisements

Pasukan negara harus segera melupakan persembahan kurang memberangsangkan terutamanya ketika tewas 4-0 kepada pasukan Jordan agar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan seterusnya menentang Uzbekistan.

Perlawanan Malaysia bertemu Uzbekistan dijadualkan berlangsung pada esok hari dalam usaha Tan Cheng Hoe untuk mencari kesebelasan terbaik pasukan di samping memperbaiki beberapa aspek untuk membuat persiapan rapi.

Ini disebabkan pada penghujung Disember ini, Malaysia bakal mengharungi kejohanan tradisi di Asia Tenggara iaitu Piala Suzuki AFF yang menyaksikan skuad negara diundi bersama-sama juara bertahan, Vietnam dan juga musuh tradisi, Indonesia dalam kumpulan B.

Advertisements

Selain itu, keputusan Cheng Hoe untuk membawa muka-muka baharu bagi memberi peluang untuk mendapat tempat susulan prestasi kurang memuaskan ketika beraksi dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 yang menyaksikan pasukan negara tidak dapat meneruskan aksi di pusingan seterusnya.

Sungguhpun begitu, Malaysia perlu segera melupakan rekod buruk dalam 5 perlawanan terakhir dalam usaha untuk meraih kemenangan bagi memastikan moral para pemain berada pada tahap yang sebaiknya.

Dalam aksi 5 perlawanan terakhir, Malaysia telah pun tumpas dalam 4 perlawanan dan hanya berjaya mencetak 1 kemenangan tunggal ketika bertemu pasukan Thailand yang menyaksikan jaringan pemain sayap negara, Safawi Rasid memastikan 3 mata berharga buat pasukan negara.

Advertisements

Barisan serangan negara pula masih berada pada tahap yang kurang memuaskan susulan 2 gol sahaja yang berjaya dicetak memberi sedikti kerisauan buat para penyokong.

Satu lagi gol dijaringkan oleh penyerang berbisa negara, Guilherme De Paula menerusi satu sepakan penalti kencang ketika bertemu Vietnam.

Dengan ketiadaan penyerang tengah yang benar-benar menyerlah susulan kecederaan yang dialami oleh Shahrel Fikri selain pemain-pemain seperti Syafiq Ahmad dan juga De Paula yang tidak mendapat minit permainan secukupnya membuatkan jentera serangan negara masih tercari-cari rentak untuk meledak gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram