Malaysia secara automatik menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 tahun selepas berjaya mengikat Thailand 0-0 di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia.
Separuh masa pertama permainan agak seimbang namun Malaysia kelihatan lebih tersusun terutamanya di bahagian tengah yang diketuai Mukhairi Ajmal.
Bersambung babak ke-2 Malaysia memperkemaskan corak permainan dan Thailand sesekali melakukan serangan balas namun kecemerlangan barisan pertahanan Malaysia dan penjaga gawang muda negara, Azri Ghani berjaya menepis peluang Thailand.
Dalam kejohanan kali ini Malaysia tampil dengan rekod cemerlang tanpa sebarang bolos sekaligus menjuari kumpulan kelayakan Piala Asia Bwah 23 tahun.
Dalam perlawanan sebelum ini Malaysia berjaya menewaskan Laos dan Mongolia dengan jaringan 1-0 sekaligus menjuarai kumpulan J selepas seri dengan Thailand.
Piala Asia Bawah 23 tahun akan dilangsungkan pada tahun hadapan (2022) di Uzbekistan.