Advertising
Malaysia Tersenarai Dalam 10 Negara Kelab Terbaik Asia
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Malaysia tersenarai dalam kelompok 10 negara kelab terbaik di peringkat Asia.

Ini berdasarkan Ranking Pertandingan Kelab Pertengahan Musim 2024/25 yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Malaysia berada di tempat ke-10 dengan 39.8 mata. Pencapaian ini dilakar hasil kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ad

Selain JDT, satu lagi wakil negara, Selangor FC turut menyumbang mata selepas layak ke saingan peringkat kumpulan ACL2. Ini kali pertama Merah Kuning beraksi di Asia sejak musim 2016.

Ad

Malaysia mengatasi Iraq dan Australia yang masing-masing menduduki tempat ke-11 dan 12. Pencapaian negara diatasi oleh Thailand yang menduduki tangga kelapan dengan 53.1 mata.

Pencapaian ini dilakar bukan saja menerusi kejayaan Buriram United mara ke pusingan 16 ACLE. Malah, tiga pasukan Thailand iaitu Port FC, Bangkok United dan Muangthong United turut menyumbang mata selepas mara ke pusingan 16 ACL2.

Ad
Ad

Vietnam dan Singapura masing-masing menduduki tangga ke-14 dan 18 dengan markah 34.5 dan 25.5. Indonesia di tangga ke-25 dengan markah 18.2.

Arab Saudi, Jepun dan Korea Selatan terus mengungguli ranking pertandingan kelab AFC dengan masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments