Dunia
Advertisements

Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi selepas berjaya menewaskan pasukan pelawat 2-1.

Thailand yang mengawal permainan dengan baik pada babak pertama mengejutkan tuan rumah dengan jaringan awal pada minit ke-7 menerusi sepakan deras ‘Messi Thailand’ Chanathip Songkrasin.

Lihat Rangkuman Penuh Perlawanan Di Sini

Advertisements

Malaysia yang terkejut dengan jaringan awal pelawat meningkat kualiti permainan dan berterusan membuat serangan terutamanya dari sebelah kanan menerusi larian-larian pantas Safawi.

Penat lelah Malaysia hasilnya terbalas apabila Brendan Gan berjaya menolak masuk bola hantaran Shamer Kutty Abba pada minit ke-26.

https://twitter.com/syedmirul/status/1194968478203011072

Bersambung babak ke-2, Malaysia tidak menunjukkan sebarang tanda ingin menurunkan tempo perlawanan sebaliknya serangan bertali arus dirancang dengan baik sehinggalah jaringan yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia kunjung tiba pada minit ke-57.

Advertisements
khairul azhan 020617 Gajah Terduduk Di Bukit Jalil
Khairulazhan beraksi cemerlang selepas menafikan 3 percubaan berbahaya Thailand pada separuh masa ke-2. Foto / Astro Arena

Mohamodou Sumareh berjaya melepasi perangkap offside dan menyepak deras bola hasil hantaran kemas Brendan Gan lantas menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.

https://twitter.com/RedR055/status/1194978622341177344

Perlawanan selepas itu kekal seimbang namun Malaysia berjaya menekan Thailand dengan beberapa asakan deras dan bertali arus menerusi gerakan Shafiq Ahmad dan Safawi.

Pada perlawanan ini, Afiq Fazail juga membuat debut pasukan kebangsaan untuk 15 terakhir perlawanan.

Advertisements
Carta kedudukan kumpulan G selepas 4 perlawanan.

Sementara itu Vietnam berjaya menewaskan United Arab Emirated 1-0 di Hanoi sekaligus mengekalkan kedudukan ditanggan teratas kumpulan G.

Foto Featured / FoxSports

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram