Dunia
Wan Abd Hadi
Advertisements

Baru-baru ini, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham ada berkongsi levi yang dibayar kepada Perbadanan Stadium Kelantan disebabkan pasukan Kelantan FC menggunakan Stadium Sultan Muhammed ke-IV untuk aksi Liga Premier.

Namun begitu, disebalik bayaran hampir RM 50,000 yang dibayar kepada pihak perbadanan, segelintir penyokong Kelantan dilihat sedikit ralat dengan kemudahan LED Scoreboard di stadium tersebut.

LED Scoreboard stadium itu dilihat mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki segera. Ini kerana di dalam levi yang dibayar oleh pasukan Kelantan FC, terdapat amaun RM 300 yang perlu dibayar kerana menggunakan LED Scoreboard.

Advertisements

Semalam telah tular satu gambar mengenai kerosakan LED Scoreboard yang digunakan di Stadium Sutan Muhammed ke-IV. Kerosakan itu dilihat berlaku di bahagian atas scoreboard. Kejadian itu sempat dirakam oleh lensa para penyokong Kelantan.

image 15 "Malu Kokre" Penyokong Kelantan Gesa Perbadanan Stadium Baiki LED Scoreboard
LED Scoreboard yang rosak di bahagian atas.

Penyokong The Red Warriors menggesa pihak perbadanan supaya membaik pulih scoreboard tersebut kerana kemudahan tersebut sudah dibayar pihak Kelantan FC. Dalam masa yang sama, mereka berharap kerja baik pulih tersebut disegerakan agar LED Scoreboard dapat digunakan dalam waktu yang terdekat ini.

Luahan hati penyokong Kelantan.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram