Man City Berisiko Diturunkan Ke Liga Divisyen 2 Inggeris
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Malang datang bertimpa-timpa buat skuad Man City. Selepas tewas kepada Tottenham Hotspur semalam, kini mereka didakwa melanggar peraturan kewangan EPL membabitkan 100 tuduhan.

Semua tuduhan ini berkait dengan maklumat kewangan berkenaan sumber pendapatan, gaji pemain dan pengurus, peraturan UEFA, keuntungan dan kelestarian serta siasatan yang dijalankan pihak liga.

Menurut EPL, semua pelanggaran ini didakwa berlaku dari musim 2009-2010 hingga 2017-2018. Citizens bukan saja gagal mematuhi peraturan Fair Play EPL yang memerlukan kelab mematuhi peraturan kewangan UEFA dari 2013-2014 hingga 2017-2018.

Advertisements

Malah, City juga didakwa menipu EPL dari segi jumlah keuntungan yang diraih mereka dari musim 2015-2016 hingga 2017-2018.

Jika didapati bersalah, pelbagai hukuman menanti Citizens termasuk potongan mata, penarikan semula gelaran liga dan potensi disingkirkan ke divisyen dua Inggeris atau Liga Kejohanan.

“Jawatankuasa Suruhanjaya akan dilantik oleh pengerusi bebas Panel Kehakiman EPL. Prosiding di hadapan Suruhanjaya adalah sulit dan didengar secara tertutup.

Advertisements

“EPL tidak akan membuat sebarang komen lanjut berhubung perkara ini sehingga diberitahu kelak,” kata EPL dalam satu kenyataan media.

Citizens amat terkejut dengan 100 tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka. Justeru, pihak kelab bersedia mempertahankan nama baik mereka daripada semua tuduhan yang dianggap mengarut.

“Manchester City FC amat terkejut dengan semua tuduhan berkenaan pelanggaran peraturan EPL, terutama selepas memberi kerjasama penuh dan memberi semua maklumat kepada EPL.

Advertisements

“Kelab mengalukan semakan hal ini oleh sebuah suruhanjaya bebas, untuk menimbang semua bukti yang dikemukakan secara menyeluruh dengan adil dan tidak boleh disanggah. Atas sebab itu, kami amat menantikan perkara ini dapat diselesaikan sepenuhnya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Tetapi bagi peguam Stefan Borson, dengan senarai pertuduhan yang panjang, beliau menjangkakan satu-satunya hasil penilaian suruhanjaya bebas EPL ialah City disingkirkan ke Liga Kejohanan.

“Nak cemas atau tidak, senarai tuduhan panjang PL sudah sampai ke tahap JIKA dibuktikan betul, harus membawa kepada penyingkiran,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Advertisements

Borson berani berkata sedemikian kerana pernah mewakili City sebagai peguam dari 2002 hingga 2007. Dan disebabkan beliau pernah mewakili Watchstone selepas syarikat itu dituduh tentang isu penipuan perakaunan pada 2015, maka Borson amat masak dengan situasi sebegini.

Dan jika itu berlaku, City tidak akan dapat merayu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS) untuk membatalkan hukuman tersebut. Ini didedahkan oleh ketua wartawan sukan akhbar The Times, Martyn Ziegler.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram