EPL
Advertisements

Manchester City berisiko diturunkan ke League Two England (divisyen 4) dan juga bakal ditolak mata sekiranya rayuan mereka di UEFA ditolak.

Hari ini Manchester City telah didenda oleh UEFA sekaligus dilarang beraksi dalam mana-mana liga eropah selama 2 musim kerana melakukan kesalahan yang serius iaitu melanggar undang-undang Financial fair Play.

Mahkamah UEFA mendapati Manchester City membuat penipuan keuntungan antara tahun 2012 hingga 2016 bagi membolehkan kelab berkenaan membeli pemain tambahan.

Advertisements

Berdasarkan kenyataan pakar undang-undang seperti yang dilaporkan oleh The Independent UK, kesalahan Manchester City di UEFA bermakna mereka juga telah menipu badan Liga Perdana Inggeris dimana kesalahan ini membolehkan lesen kelab Manchester City ditarik semula.

Penarikan lesen ini dan mengikut undang-undang baru Liga Perdana dan liga divisyen bawah yang lain, Manchester City boleh dipaksa untuk beraksi di Liga Dua England (divisyen 4).

Sekiranya hal ini terjadi, maka Manchester City bakal menentang kelab-kelab kerdil seperti Grimsby Town, Forest Green dan Port Vale.

Advertisements
DSC 0497 1024x662 1 Manchester City Mungkin Diturunkan Ke Liga Divisyen 4
Stadium milik Salford City ini bakal menjadi lokasi ‘derby’ terpenting Manchester City selepas ini. Bukan lagi Old Trafford.

Tiada lagi ‘derby panas’ menentang Manchester United sebaliknya ia bakal bertukar kepada kelab Salford City yang dimiliki oleh bekas pemain Manchester United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram