Manchester City Terkejut Dengan Bukti Dikemukakan EPL
Dunia
Manchester City
Advertisements

Ahli Kelab Arsenal, Murray Rosen KC akan mempengerusikan Suruhanjaya Bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pelanggaran peraturan kewangan oleh Manchester City.  

Rosen, peguam perundangan sukan, dilantik atas kapasitinya sebagai Ketua Panel Perundangan EPL, dan dia akan memilih beberapa lagi individu untuk bersama-samanya di dalam suruhanjaya tersebut.

Walaupun Arsenal tidak ada kena mengena dengan suruhanjaya itu, namun mereka sedang bertarung sengit dengan Manchester City untuk memburu kejuaraan EPL dan profail Rosen sedikit sebanyak sudah tentunya dibimbangi boleh mempengaruhi keputusan siasatan.

Advertisements

City dilaporkan berpotensi dikenakan hukuman pemotongan mata jika didapati bersalah, namun yang lebih teruk adalah disingkirkan daripada EPL.

Bagaimanapun mereka tidak perlu bimbang dengan integriti suruhanjaya bebas ini memandangkan kesemua panel yang dipilih bukan ‘orang dalam’ kelab.

“Ahli suruhanjaya itu akan dilantik oleh pengerusi berkecuali daripada Panel Perundangan EPL.

Advertisements

“Prosiding akan dijalankan di depan suruhanjaya mengikut Peraturan W.82 EPL akan dijalankan secara sulit dan didengar secara tertutup,” menurut kenyataan oleh EPL.

EPL dalam satu kenyataan pada Isnin menyebut City melanggar peraturan yang memerlukan mereka memberikan maklumat kewangan yang tepat, memberikan pandangan yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kelab.

Badan induk itu juga telah mendedahkan hasil siasatan di laman web rasmi mereka, dengan siasatan bermula susulan dokumen yang dibocorkan oleh laman web Jerman, Der Spiegel.

Advertisements

Juara EPL enam kali itu berdepan tiga pertuduhan iaitu gagal mematuhi peraturan kewangan Fair Play UEFA dari musim 2013-14 hingga 2017-18; gagal mematuhi peraturan mengenai keuntungan dari musim 2015-16 hingga 2017-18 selain didakwa gagal memberikan kerjasama dan membantu siasatan.

Dalam pada itu, Manchester City menafikan dakwaan berkenaan dan mengharapkan perbicaraan yang adil dan saksama buat mereka.

“Manchester City FC terkejut dengan dakwaan pelanggaran Peraturan EPL ini, terutamanya memandangkan pembabitan yang meluas dan sejumlah besar bahan bukti yang dikemukakan.

Advertisements

“Kelab mengalu-alukan semakan semula perkara ini oleh Suruhanjaya Bebas. Ia bagi mempertimbangkan secara saksama dan adil termasuk bukti-bukti yang dikemukakan EPL.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram