Manchester United Akhirnya Bawa Masuk Penyerang Baharu
Eropah
Fabrizio Romano
Advertisements

Kebuntuan Manchester United mencari seorang penyerang tengah kini terlerai apabila berjaya membawa masuk penyerang muda berusia 20 tahun, Rasmus Højlund. Atalanta akhirnya bersetuju untuk menjual pemain kelahiran Denmark itu setelah melalui proses rundingan yang panjang.

Menurut Fabrizio Romano, Rasmus Højlund bakal mengikat kontrak selama 5 tahun dan Manchester United akan membayar €75 juta kepada Atalanta. Dikhabarkan nilai perpindahan tersebut mempunyai tambahan €10 juta dan mampu mencecah €85 juta secara keseluruhan.

Rasmus Højlund sebelum ini sudah bersetuju dengan terma peribadi untuk menyertai United namun Atalanta enggan melepaskan pemain tersebut jika tawaran United kurang daripada €70 juta.

Advertisements

PSG juga turut menunjukkan minat untuk mendapatkan Rasmus Højlund namun pemain berusia 20 itu hanya berminat untuk menyertai Manchester United.

Rasmus Højlund mencatat 9 gol dan 4 bantuan jaringan buat Atalanta musim lepas.

Kehadiran Rasmus Højlund bakal menyaksikan pemain muda tersebut mengisi posisi penyerang tengah Manchester United yang kini kekurangan pilihan pemain. Sebelum ini, Wout Weghorst merupakan penyerang tengah namun pemain itu hadir secara pinjaman sahaja.

Advertisements

Antony Martial merupakan penyerang utama The Red Devils bermula pra musim ini dengan Marcus Rashford sebagai pilihan kedua bagi posisi penyerang tengah.

Isu kecederaan Martial bagaimanapun merencatkan perancangan Erik Ten Hag manakala Rashford pula lebih selesa beraksi selaku pemain sayap.

Kehadiran Rasmus Højlund yang masih muda memberi kelainan pada corak pembelian penyerang kerana sebelum ini United lebih gemar mendapatkan penyerang berusia seperti Zlatan Ibrahimović, Edinson Cavani dan Cristiano Ronaldo.

Advertisements

Kini, Manchester United akhirnya berjaya membawa masuk seorang penyerang tengah baharu untuk musim 2023/2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram