Manchester United Bakal Dijual
EPL
IMAGO / PA images
Advertisements

Kelab gergasi bola sepak Eropah, Manchester United dilaporkan bakal dijual dalam masa terdekat.

Prestasi membimbangkan kelab ketika ini berlarutan sejak tamat era kepimpinan pengurus lagenda kelab, Sir Alex Ferguson.

Persembahan longlai terutamanya dalam

Advertisements

dua perlawanan pembukaan musim ini terus menghambat dan memberi tekanan terutamanya kepada barisan kejurulatihan dan juga pemain atas kegagalan ini.

Walau bagaimanapun, para penyokong sedar tampuk pemerintahan kelab yang dikemudi oleh keluarga Glazers menjadi pencetus kepada situasi huru-hara kelab.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurnalis terkemuka Eropah, Phil Brown dan juga media-media utama Manchester United melaporkan bahawa kelab itu dibuka untuk jualan secara rasmi.

United difahamkan sedia dijual dengan tanda harga £6 Billion dengan 3 orang pembida ketika ini dilaporkan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Advertisements

Jutawan terkemuka England, Sir Jim Ratcliffe dilaporkan mahu melakukan bidaan bersama-sama bekas pemain dan juga Sir Dave Brailsford.

Keluarga Glazer mengadakan rundingan pusingan pertama melalui wakil undang-undang pada hari Selasa. Perbincangan awal difahamkan adalah mengenai jualan penuh dan bukan secara minoriti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram