“Manchester United Berusaha Untuk Paksa Saya Keluar” – Cristiano Ronaldo
Dunia
Planet Football
Advertisements

Pemain bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa pihak pengurusan kelab termasuk jurulatih sedang berusaha untuk memaksa beliau meninggalkan kelab.

Bintang berusia 37 tahun itu diketepikan dalam kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Fulham kerana kecederaan. Ronaldo membuat pendedahan itu dalam satu temubual bersama wartawan popular, Piers Morgan.

“Man United cuba memaksa saya keluar. Bukan sahaja pengurus, tetapi juga pemain lain yang berada di sekeliling kelab. Saya rasa dikhianati.

Advertisements

“Saya rasa ada orang tidak mahu saya di Manchester United, bukan sahaja tahun ini malah musim lalu juga,” luah Ronaldo seperti yang dikongsikan Fabrizio Romano.

Ronaldo mahu meninggalkan United semasa jendela perpindahan musim panas yang lalu selepas United gagal beraksi di Liga Juara-Juara Eropah namun hasrat Ronaldo disekat oleh kelab yang memberitahu bahawa Ronaldo mempunyai peranan besar dalam rancangan pengurus baharu Ten Hag.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram