Dunia
Advertisements

Para pemain Manchester United menerima keputusan pihak lawannya di Piala FA apabila perlu bermain di padang yang persis bendang.

Pengurus Tranmere Rovers, Micky Mellon, meminta Manchester United untuk menerima dengan hati terbuka apa jua keadaan permukaan padang di stadium Prenton Park.

FB IMG 1579956496806 Manchester United Dipaksa Bermain Di Padang Serupa Bendang
Padang persis bendang juga wujud di England. Tiada bezanya di Malaysia.

Tranmere akan bertemu Manchester United di pusingan keempat Piala FA pada Ahad 26 Januri 2020.

Advertisements

“Orang ramai keliru dan fikir mereka perlu bermain di padang yang berbeza, kami akan bermain di padang yang sama,” kata Mellon seperti yang dilaporkan oleh Sportsmole.

“Bagaimana jika ia berangin? Bagaimana jika hujan? Pemain yang baik boleh menyesuaikan diri.”

“Mereka tidak ada alasan untuk tidak boleh menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan itulah yang anda harapkan daripada mereka.”

Advertisements

“Pemain yang baik akan mencari jalan untuk mendapatkan kemenangan.” Jelas Mellon yang memberikan semangat buat pihak lawan.

Padang Trenemere Rovers ini lebih baik berbanding prestasi Manchester United. Jelas Ahmad yang bergurau di laman sosial Facebook Buletin Manchester United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram