3 Sebab Mengapa Manchester United WAJIB Dapatkan Khidmat Jack Grealish
EPL
Advertisements

Pretasi Manchester United musim ini dilihat sedikit terumbang ambing. Kelab yang dulunya digeruni kini dilihat seperti tidak dapat langsung mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Perkara ini mungkin disebabkan dengan kualiti pemain yang tidak memenuhi standard yang diinginkan oleh pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

Sejak beberapa musim yang lepas, Manchester United sering membawa masuk pemain baru yang mempunyai tag harga yang mahal seperti Alexis Sanchez dan Paul Pogba. Namun pembelian mereka dilihat tidak dapat meningkat pretasi The Red Devils.

Baca Juga: Manchester City Mungkin Diturunkan ke Liga Devisyen 4

Advertisements

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus tetap Manchster United, beliau telah membawa masuk pemain seperti Harry Maguire, Wan Bissaka dan Daniel James.

Pembelian Ole Gunnar Solskjaer ini sememangnya pembelian yang positif kerana mereka menunjukkan persembahan yang baik dan memberi impak yang positif.

Pada perpindahan Januari yang lepas, Ole Gunnar Solskjaer membawa masuk Ighalo dan Bruno Fernandes. Untuk memantapkan lagi permainan Manchester United, terdapat khabar angin United akan membawa masuk Jack Grealish / James Maddison pada perpindahan musim panas ini.

Advertisements

Pada pendapat penulis, terdapat 3 sebab mengapa Jack Grealish lebih sesuai bermain di Manchester United berbanding James Maddison. Antara sebabnya ialah :

1-Sesuai menggantikan Pogba

Peminat Manchester United sudah sedia maklum bahawa Paul Pogba secara terbuka menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Old Trafford berikutan kenyataan yang dibuat oleh ejen Pogba, Mino Raiola.

Sekiranya Pogba benar-benar meninggalkan Man United pada perpindahan yang akan datang, Ed Woodward dan Ole Gunnar Solskjaer perlulah mencari pemain tambahan/gantian di posisi Pogba dengan segera. Pada pendapat penulis, Grealish sesuai menggantikan Pogba kerana dia mampu untuk mengumpan gol, mencipta peluang dan menjaringkan gol seperti Pogba .

Advertisements

2-Grealish mempunyai kemahiran teknikal dan kualiti individu yang menawan.

Salah satu sebab mengapa Man United wajib mendapatkan Grealish ialah dia mempunyai kemahiran mengawal bola di bahagian tengah dan kemahiran menyerang yang sangat baik. Dia mempunyai kemahiran ‘dribble’ yang baik untuk melepasi pihak lawan. Dia juga mampu mengumpan bola terus ke penyerang kerana mempunyai teknik hantaran yang tepat. Walaupun The Red Devils telah membawa masuk Bruno Fernandes untuk membaiki kawasan tengah. Tetapi Grealish juga boleh bermain sebagai pemain sayap . Grealish juga boleh berperanan sebagai penganti kepada Bruno sekiranya dia tercedera. Grealish juga mempunyai aura kemimpinan tersendiri.Sebagai bukti,walaupun baru berusia 24 tahun,dia telah dilantik sebagai kapten kelab Aston Villa.

3-Dapat memaksimumkan Rashford sebagai Penyerang Utama

Pada musim ini,Grealish dilihat banyak bermain di posisi sayap kiri iaitu posisi yang sama dengan Marcus Rashford .Sekiranya Grealish dibeli oleh Man United,mungkin kita dapat melihat Marcus Rashford ditolak ke posisi penyerang dan berpotensi menjaringkan lebih banyak gol pada musim depan .

Namun segalanya terserah kepada Ole Gunnar Solskjaer .Man United pasti ingin memberikan saingan yang hebat di dalam liga dan kejuaraan eropah pada musim depan.Sekiranya Manchester United membeli Jack Grealish, kita mungkin dapat melihat pretasi The Red Devils kembali seperti zaman Sir Alex Ferguson kerana pemain tersebut sememangnya mempunyai kemahiran untuk bermain di kelab besar seperti Manchester United dan menyumbang sesuatu.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=4ps9sSfti4Y
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram