Manchester United secara rasminya telah mengumumkan penyerang berbakat Denmark, Rasmus Højlund selaku pemain baharu mereka bagi musim 2023/2024. Rasmus Højlund dibawa masuk dari Atalanta dengan tag harga €75 juta.
Kehadiran Rasmus Højlund pastinya bakal memberi saingan sengit kepada Erling Haaland yang merupakan pemain kelab seteru utama mereka iaitu Manchester City. Musim lalu, Erling Haaland berjaya merekodkan 36 gol bagi memenangi kasut emas Premier League 2022/2023.
Rasmus Højlund bakal menjadi penyerang utama Manchester United setelah khidmat Wout Weghorst selaku pemain pinjaman telah tamat. Penyerang muda tersebut mencatat 9 gol dan 4 bantuan jaringan buat Atalanta musim lepas.
Beberapa pakar analisis telah berpendapat bahawa Højlund dan Haaland mempunyai persamaan dari segi kelajuan, fizikal dan ketajaman di hadapan gol.
Malah kedua-dua pemain tersebut merupakan warga Scandinavia dimana Højlund berasal dari Denmark manakala Haaland pula dari Norway.
Aksi kedua-dua penyerang ini pastinya ditunggu-tunggu para penyokong bagi melihat siapakah yang lebih hebat menjaringkan gol dan mampu menyumbang kemenangan kepada kelab mereka kelak.