Manchester United Sailang Cristiano Ronaldo Dari Manchester City
Dunia
Instagram: @manchesterunited
Advertisements

Berita mengenai bintang bola sepak Eropah, Cristiano Ronaldo yang dikhabarkan telah meninggalkan Juventus masih belum selesai apabila beliau masih belum membuat keputusan mengenai destinasi beliau yang seterusnya.

Bekas bintang Real Madrid ini telah dilaporkan sedang menimbang beberapa tawaran lumayan bagi meneruskan karier bola sepaknya di Eropah sambil kelab-kelab gergasi seperti PSG, Manchester City dan juga bekas majikannya, Manchester United dilihat bakal menjadi destinasi baru buat penyerang tersebut.

Namun begitu, kini beliau dikatakan telah bersetuju dengan syarat peribadi untuk menyertai Manchester City dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah €30m, ia seakan-akan belum termetrai apabila pasukan jiran, Manchester United sedia membuat bidaan mengejut untuk membawa pulang pemain tersebut ke Old Trafford.

Advertisements

Menurut kenyataan jurulatih Manchester United, beliau sedia menerima kepulangan bintang sensasi tersebut.

“Cristiano ialah lagenda kelab ini, pemain terbaik sepanjang zaman jika pada pandangan saya. Kita bakal lihat apa yang terjadi.”

Sambil itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaskan bahawa urusan perpindahan pemain itu ke City masih jauh sambil menyatakan bahawa pemain sepertinya yang menentukan destinasi mereka yang seterusnya.

Advertisements

“Dalam masa tiga atau empat hari, apa-apa boleh terjadi. Ada tiga atau empat pemain termasuk Ronaldo yang menentukan sendiri masa depan mereka.”

Kini, kemelut situasi ini dijangka bakal berlarutan ketika ejen beliau, Jorge Mendes sedang menimbang setiap tawaran buat kliennya itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram