Manchester United Gagal Sailang Messi Dari PSG
Eropah
Photo: Google.com
Advertisements

Baru-baru ini peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan khabar bahawa lagenda Argentina, Lionel Messi sah bakal meninggalkan kelabnya Barcelona selepas 21 tahun beliau berkelana di kelab Catalonia tersebut.

Situasi ini terjadi kerana kegagalan pihak Barcelona dalam menawarkan kontrak baharu kepadanya atas masalah kewangan serta struktur peraturan kewangan (La Liga) yang menyebabkan Messi terpaksa meninggalkan The Catalans pada musim panas kali ini.

Walaupun sebelum ini, pemain berusia 34 tahun itu telah bersetuju untuk menerima pemotongan gaji sebanyak 50 peratus, namun perkara itu tidak dapat menjayakan hasrat beliau untuk terus meneruskan legasinya di Nou Camp.

Advertisements

Menurut satu laporan dari jurnalis England, Manchester United juga merupakan salah satu pasukan yang dilaporkan berminat untuk memberi tawaran eksklusif kepada Lionel Messi selepas pemain kelahiran Argentina itu dilaporkan semakin hampir mencapai persetujuan untuk menyertai kelab gergasi Perancis, PSG.

.Sungguhpun PSG sudah melakukan tawaran secara sah kepada beliau beberapa hari yang lalu, tetapi ia masih belum mencapai apa apa keputusan yang akan diberikan disebabkan perjanjian itu masih belum selesai ditandatangani.

Namun begitu, satu sumber daripada jurnalis terkenal dunia telah mengesahkan bahawa bintang itu akan menyertai Paris Saint Germain dari Barcelona. Messi akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak sehingga Jun 2024. Difahamkan juga, jumlah gaji yang bakal diterima oleh beliau sekitar 35 juta euro dengan tambahan bonus.

Advertisements

Messi juga secara sah telah menerima tawaran dari PSG dan akan berada di sana dalam masa terdekat.

Kekuatan jentera serangan yang dimiliki oleh pasukan The Red Devils itu tidak boleh dipandang remeh selepas pasukan itu berjaya menandatangani dua pemain berstatus bintang iaitu Jadon Sancho dan Raphael Varane. Malah, perpindahan Messi dilihat sekadar menambah perisa buat pasukan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram