Manchester United Terus Dahagakan Trofi
Eropah
LiveScore
Advertisements

Manchester United terus memburu trofi kedua mereka musim ini selepas merangkul Piala Carabao. Mereka layak ke suku akhir The Emirates FA Cup selepas berjaya menundukkan West Ham United 3-1 di Old Trafford awal pagi tadi.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi pasukan pelawat dengan kerap melancarkan serangan ke arah gawang mereka. Bagaimanapun, ketangkasan penjaga gol Alphonse Areola memastikan keputusan perlawanan kekal 0-0 sehingga rehat.

Selepas rehat, Hammers terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Said Benrahma pada minit ke-54. Pemain sayap Algeria itu berjaya menggelecek beberapa pemain United sebelum melepaskan rembatan lencong menewaskan penjaga gol David de Gea.

Advertisements

Tersentak, anak-anak buah Erik ten Hag menggandakan asakan. Hasilnya, satu sepakan sudut yang diambil pada minit ke-77 menyaksikan Nayef Aguerd menjaringkan gol sendiri bagi membantu Red Devils menyamakan kedudukan.

Dua minit selepas itu, giliran tuan rumah pula mendahului menerusi pemain sayap muda Argentina, Alejandro Garnecho. Garnecho melepaskan rembatan lencong menewaskan Areola selepas berjaya mengawal bola yang terpantul daripada sepakan rakan sepasukan Wout Weghorst.

Weghorst sekali lagi menjadi arkitek untuk gol ketiga United. Tindakan Aguerd sambil lewa mengawal bola menyebabkan dia diasak penyerang Belanda itu dan kehilangan bola. Peluang ini segera direbut oleh Fred untuk menyumbat gol pada minit ke-94.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Manchester United mara ke suku akhir The Emirates FA Cup dan bakal bertemu Fulham. Selepas ini, mereka kembali ke saingan EPL di mana Liverpool menjadi lawan mereka pada tengah malam 6 Februari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram