Manchester United Benam Newcastle 3-1

Syafiq Freman
@syafiqfreman
4:53am 22/02/2021

Manchester United bermula dengan langkah kanan menerusi gerakan dan jaringan cantik Marcus Rashford pada minit ke-30.

Kealpaan Martial pada minit ke-36 yang meninggalkan Allan Saint-Maximin keseorangan sejurus sepakan sudut mengundang padah buat United apabila Maximin berjaya menyemakan kedudukan 1-1.

Bersambung babak ke-2, Manchester United berjaya memperoleh jaringan ke-2 menerusi sepakan deras James pada minit ke-56.

https://twitter.com/ManUtd_HQ/status/1363584935794245637

Bruno Fernandez berjaya menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-74 selepas Rashford dijatuhkan dalam kotak pelanti.

Perlawanan berkesudahan Manchester United 3-1 Newcastle. Manchester United kini ditangga ke-2 liga berkongsi 49 mata dengan Leicester City dengan kelebihan jumlah jaringan.