Mane & Salah Tidak Akan Tinggalkan Liverpool – McManaman
EPL
Advertisements

Khabar angin mengenai perpindahan duo bintang serangan Liverpool iaitu Mohammed Salah dan Sadio Mane bertiup kencang di mana kedua-dua manusia ini dikatakan menerima tawaran lumayan daripada kelab Sepanyol.

Namun bekas pemain sayap Liverpool, Steve McManaman mendakwa pasukan tersebut tidak berpeluang langsung untuk membawa duo tersebut ke Sepanyol.

Sekalipun dikaitkan ke kelab Real Madrid dan Barcelona, kelab-kelab tersebut tidak dapat menangani Liverpool yang merupakan kelab terbaik di dunia ketika ini.

Advertisements

Pretasi konsisten yang ditunjukkan oleh kedua-dua bintang serangan ini telah menyebabkan mereka berdua dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol.

Pada musim ini, Sadio Mane telah meledak 14 gol serta menyumbang tujuh bantuan gol manakala Salah telah menjaringkan 16 gol dan membantu enam jaringan memastikan Liverpool menguasai Liga Inggeris sebelum diberhentikan disebabkan wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun, McManaman tidak menafikan jika kedua-dua mereka akan meninggalkan Liverpool pada bila-bila masa.

Advertisements

Sumber Gambar: LiverpoolFC.com

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram