Advertisements
Mane Tetap Kena ‘Angkut’ Ke Piala Dunia
Dunia
MakanBola
BBC

Bintang pasukan Senegal, Sadio Mane tetap disenaraikan bagi membawa cabaran negaranya di pentas Piala Dunia Qatar tidak lama lagi.

Bekas bintang Liverpool ini sedang menikmati perjalanan karier yang amat baik sungguhpun baru sahaja meninggalkan kelabnya pada musim panas ini.

Pemain berusia 30 tahun ini difahamkan telah mengalami kecederaan yang agak serius ketika bertemu dengan Werder Bremen tempoh hari.

Malah, Mane juga hanya mampu bertahan selama 20 minit sahaja di atas padang sebelum diusung keluar kerana tidak dapat meneruskan permainan.

Walau bagaimanapun, kudrat pemain ini tetap ditagih oleh ketua jurulatih, Aliou Cissé bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan.

Beliau memainkan peranan yang cukup penting buat skuad kebangsaannya apabila membantu mereka menjulang Piala Afrika (AFCON) 2021.

Kini, khidmat pemain sayap lincah ini sudah tentu bakal menjadi penentu nasib dan juga perjalanan cerita Senegal yang memiliki peluang terbaik untuk mara lebih jauh dalam kejohanan ini.