Manis FM & Terengganu Teruskan Kerjasama Tahun Ke-5
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Di sebalik pelbagai kerjasama dengan rakan-rakan korporat baru, Terengganu tidak pernah melupakan rakan-rakan lama yang setia mengikuti perkembangan mereka. Ini dibuktikan menerusi pemeteraian kerjasama Terengganu dan Manis FM yang diumumkan hari ini.

Pertama kali bekerjasama sejak 2019, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua entiti ini kini sudah memasuki tahun kelima berturut-turut.

Kerjasama Terengganu-Manis FM menyaksikan stesen radio itu mempromosikan perkembangan terkini skuad Penyu baik di rangkaian radio mahupun media sosial rasmi mereka.

Advertisements

Kerjasama ini bersifat menang-menang kerana ini bukan saja menjadikan Manis FM sebagai radio rasmi skuad Terengganu. Malah, ia dapat melonjakkan bilangan pendengar setia stesen radio berkenaan.

Pemeteraian kerjasama ini dibuat dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu semalam.

Perjanjian disempurnakan oleh Pengurus Besar Manis FM, Ozarizan Mohd Nor dan CEO Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh. Ia turut disaksikan oleh Pengurus Operasi Manis FM, Zaid Talib dan COO TFC, Sabri Abas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram