Dunia
Azhar Ramli (NSTP)
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Perlis, Manja Man menawarkan diri kepada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman (Zamsaham) untuk menjadi sebahagian daripada skuad The Red Warriors musim depan.

Zamsaham dalam satu posting terbaru di facebook beliau, bertanya kepada penyokong sama ada mereka menginginkan jurulatih import atau tempatan untuk mengemudi kelab itu mengharungi Liga Super 2023.

Di ruangan komen, Manja Man menyatakan minatnya untuk mengemudi skuad Piala Presiden (B-23) Kelantan, “Bagi pada saya (skuad) B-23 Boss Zam”.

Advertisements
Manja Man SS Manja Man Tawar Diri Kepada Zamsaham

Skuad Piala Presiden Kelantan pada tahun ini kandas di peringkat kumpulan setelah menduduki tangga keempat Kumpulan A. Namun berdasarkan pencapaian lalu, mereka adalah pasukan terbaik dalam sejarah pertandingan apabila muncul juara tujuh kali (kali terakhir pada 2016) dan naib juara tiga kali.

Sebagai rekod, Manja Man yang merupakan bekas pemain pertahanan Perlis dan Kedah pada era 80 dan 90-an, sememangnya diketahui seorang yang cukup sinonim dan selesa bekerjasama dengan pemain-pemain muda.

Beliau telah mengetengahkan dan mengilap begitu ramai ubi muda sewaktu melatih pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menghadapi kejohanan bola sepak antara pusat-pusat pengajian tinggi dari 2012 hingga 2016.

Advertisements

Sepanjang bawah bimbingannya, UiTM Perlis muncul juara dua kali pada 2012 dan 2013 dan naib juara pada 2014, 2015 dan 2016.

Manja Man juga pernah menjadi pembantu kepada jurulatih berpengalaman, Abd Rahman Ibrahim semasa Perlis bersaing dalam Liga Super pada 2006.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram