Mano Polking Dedah Punca Sebenar Kekalahan Thailand Kepada Malaysia Di Sukan Sea
Dunia
IG changsuek
Advertisements

Pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) Thailand, Mano Polking ternyata kecewa dengan kekalahan yang menimpa pasukan kedaliannya kepada musuh ketat, Malaysia dalam aksi pertama Kumpulan B saingan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam, malam semalam.

Polking menegaskan punca utama kekalahan kepada Malaysia semalam adalah kerana mereka terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas seorang Thailand, Jonathan Khemdee dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Malaysia, Syahir Bashah.

“Kami tewas pada masa kecederaan. Malang sekali,” kata Polking selepas perlawanan di Stadium Thien Truong.

Advertisements

Jurulatih ini berkata bahawa Thailand bermula dengan baik, namun kad merah yang dilayangkan kepada pemain Thailand merubah segalanya.

“Tanpa seorang pemain, kami tidak dapat mengekalkan jarak dalam formasi, gagal mencipta ruang dan ianya memberi peluang kepada lawan untuk menyerang. Selepas gol penyamaan, Malaysia mendapat momentum dan segala-galanya menjadi semakin sukar.” jelas Polking.

Polking ternyata telah menetapkan pendirian beliau dengan punca kekalahan tersebut dan beliau mengelak untuk memberikan komen mengenai mutu pengadilan. Walaupun tewas, beliau yakin Thailand akan bangkit dalam baki tiga aksi kumpulan sekali gus layak ke pusingan kalah mati.

Advertisements

“Bola sepak memang begitu, kadangkala kita terpaksa menerimanya. Ianya masih belum berakhir. Kami masih mempunyai tiga perlawanan untuk bersaing merebut tiket ke pusingan seterusnya dan kemudian kami akan merancang untuk ke pusingan kalah mati,” tegas Polking kepada VnExpress.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram