Mano Polking Dah Mula Risau Pertahanan Thailand Makin Rapuh
Dunia
Getty Images/Yong Teck Lim
Advertisements


Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Mano Polking sudah mula menyatakan kerisauannya apabila benteng pertahanan pasukannya semakin rapuh.

Beliau sedang mempersiapkan pasukan menjelang dua perlawanan persahabatan sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Skuad Gajah Putih bakal berdepan dengan Turkmenistan dan juga Bahrain dalam usaha Polking mencari gandingan terbaik selepas kehilangan beberapa tonggak utama.

Advertisements

Dalam satu temubual oleh Bangkok Post, jurulatih berusia 52 tahun itu secara terbuka menzahirkan kerisauan pasukannya selepas kehilangan nama-nama seperti Chanathip Songkrasin, penyerang Supachai Chaided, Manuel Tom Bihr, Philp Roller, Kewin Deeromram dan juga Naruebodin Weerawatnodom.

“Saya risau dengan barisan pertahanan saya kerana sebilangannya tidak dapat beraksi dan terpaksa dikeluarkan dari skuad.”

Sambil itu, beliau sudah pun memanggil para pemain lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan sebelum mengumumkan senarai 23 orang pemain yang bakal dibawanya kelak.

Advertisements

Sungguhpun beliau melihat potensi yang dimiliki oleh para pemain bawah 23 tahun di sana, beliau tidak mahu mengganggu konsentrasi para pemain yang bakal turun beraksi lagi bagi Piala Asia Bawah 23 tahun pada Jun ini juga.

Thailand diundi bersama pasukan Uzbekistan, Sri Lanka dan juga Maldives dalam usaha untuk merebut satu slot ke Piala Asia pada tahun 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram