Mano Polking Akui Pasukan B-23 Thailand Tidak Melalui Persiapan Yang Rapi
Dunia
Getty Images/Yong Teck Lim
Advertisements

Pengendali pasukan bola sepak Bawah 23 (B-23) Thailand, Mano Polking tidak bersetuju apabila ada pihak yang memperkatakan bahawa pasukan kendaliannya merupakan pasukan pilihan untuk meraih pingat emas Sukan Sea 2021 Hanoi.

Sebaliknya, beliau merasakan pasukan Vietnam dan Indonesia mempunyai peluang yang lebih cerah untuk ke arah itu.

Polking berkata kedua-dua pasukan mempunyai lebih banyak masa untuk berlatih bersama-sama berbanding pasukan Thailand yang hanya memulakan latihan untuk Sukan SEA ke-31 pada minggu lalu ekoran tugasan liga domestik mereka.

Advertisements

Walaubagaimanapun, Polking percaya dan yakin bahawa anak buahnya mampu menjelmakan keputusan yang baik dari kejohanan ini.

“Kami di sini dengan sasaran yang jelas [memenangi pingat emas],” kata jurulatih asal Brazil itu.

“Kami tidak fikir kami adalah pilihan utama. Tetapi kami mempunyai pasukan yang berkualiti dan pemain yang bagus dan saya fikir kami boleh mencipta keputusan yang baik pada Sukan SEA ini.

Advertisements

Polking merupakan jurulatih pasukan senior Thailand tetapi beliau dilantik untuk mengendalikan pasukan Sukan SEA selepas jurulatih B-23 Worrawoot Srikama dilihat gagal membawa pasukan selepas mengalami rentetan keputusan buruk menjelang kejohanan Sukan SEA.

Ia satu penghormatan dan peluang yang baik untuk melatih pasukan Sukan SEA,” kata Polking, yang membimbing pasukan senior Thailand itu memenangi Piala AFF Suzuki pada Januari.

“Kami tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan tetapi kami bersedia untuk melakukan yang terbaik dan mencapai matlamat kami.” jelas Polking kepada Bangkok Post.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram