Manuel Hidalgo Kongsi Mengapa Pilih Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pemain import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo telah tiba di Alor Setar, Kedah sebentar tadi dengan disambut pemilik saham majoriti kelab, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, CEO Kedah FC, Khamal Idris Ali dan segelintir penyokong-penyokong setia pasukan Kedah.

Selepas selesai sesi bergambar dengan para penyokong di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Hidalgo telah menjawab beberapa persoalan yang diajukan kepadanya. Hidalgo berkongsikan mengenai tujuan utama beliau memilih Kedah sebagai destinasi terbaru untuk karier beliau.

“Kedah merupakan antara pasukan terbesar di Malaysia. Saya rasa projek yang mereka sedang jalankan sekarang dengan membawa masuk Nafuzi Zain, mereka jelas sekali mahu melakukan sesuatu tahun ini. Saya harap tahun ini kita (Kedah) akan memenangi kesemuanya,” jelas Hidalgo seperti yang disiarkan di laman Facebook KDA FC.

Advertisements

Ketika ditanyakan mengenai sasaran peribadi beliau bersama Kedah musim ini, Hidalgo menjelaskan mahu memenangi seberapa banyak trofi yang dipertandingkan.

“Sasaran saya tahun ini ialah mahu seberapa banyak piala yang mampu dicapai dan dapat membantu pasukan,” katanya lagi.

Kehadiran Hidalgo ke kem ‘Sang Kenari’ menjelaskan betapa seriusnya pasukan Kedah untuk memberi saingan terbaik dalam kempen Liga Malaysia 2023. Selain Hidalgo, Kedah juga telah berjaya menandatangani beberapa pemain import lain seperti Manuel Ott, Willian Lira, Alan Robertson, Bojan Ciger dan Amirbek Juraboev.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram