Manuel Ott Ikut Nafuzi Ke Kedah?
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain import Terengganu FC, Manuel Ott telah disahkan tidak akan menyarung jersi ‘Sang Penyu’ musim hadapan dan timbul desas-desus yang mengaitkan pemain antarabangsa Filipina ini bakal berhijrah ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Manuel Ott melalui musim cemerlang bersama Terengganu musim ini dengan berjaya meledak enam gol dalam 32 penampilan keseluruhan dalam semua pertandingan. Kecemerlangan Ott juga sudah tentu hasil taktikal yang berkesan dari Nafuzi Zain yang membimbing Terengganu musim ini.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memberi bayangan bahawa Manuel Ott merupakan pemain import yang akan dibawa oleh Nafuzi untuk beraksi bersama pasukan Kedah musim hadapan. Namun sehingga kini masih tiada pengumuman yang dibuat.

Advertisements

Selain Manuel Ott, Nafuzi juga difahamkan akan membawa beberapa pemain dari Terengganu untuk beraksi bersama ‘Sang Kenari’ musim hadapan. Lagenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir sebelum ini juga menganggap sememangnya lumrah apabila jurulatih bawa sekali pemain pasukan lama ke pasukan baharu.

Dengan pemergian Manuel Ott, Terengganu kini hanya mempunyai dua pemain import yang sudah menandatangani kontrak iaitu Habib Haroon dan pemain import baharu, Sony Norde. Manakala duo serangan Terengganu, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre juga turut dilepaskan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram