Manzoor Azwira Harap Tiga Tonggak KL City FC Tidak Beraksi Baik
Dunia
Penang Football Club
Advertisements

Menjelang aksi Liga Super yang menemukan Penang FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) malam ini, jurulatih Penang, Manzoor Azwira menyuarakan pandangan mengenai kelibat tiga tonggak KL City FC yang masing-masing mempunyai penyudah yang tajam.

Tiga pemain yang dimaksudkan Manzoor adalah Tchetche Kipre dan Herlison Caion yang beraksi di posisi penyerang manakala seorang lagi pemain adalah pemain naturalisasi terbaru Malaysia, Paulo Josue yang mampu beraksi di pelbagai posisi.

“Mereka mempunyai dua penyerang yang bagus iaitu Caion dan Kipre. Kita tak nafikan Josue dengan hantaran dan sepakan percuma yang dia mampu lakukan. Jadi kita cuba elakkanlah daripada tiga pemain ini untuk beraksi dengan baik malam esok (malam ini),” jelas Manzoor seperti dilaporkan Astro Arena.

Advertisements

Dalam pada itu, Manzoor mendedahkan bahawa untuk beberapa hari ini, beliau memberikan fokus yang lebih kepada latihan kombinasi dan penyudah selepas melihat kegagalan pemain Penang FC menembusi gawang gol lawan dalam empat perlawanan terakhir.

“Sebenarnya dalam beberapa hari latihan ni, kita melakukan latihan kombinasi dan penyudah kerana dalam empat perlawanan, kita tidak dapat menjaringkan gol. Jadi kita nak dapatkan kembali momentum jaringan gol itu.

“Sudah tentu pemain tumpuan kita, Soony Saad dan Adriano Narcizo akan dirantai. Jadi saya harap pemain-pemain lain akan membantu untuk menjaringkan gol,” jelasnya lagi.

Advertisements

Penang FC kini berada di tangga ke-10 Liga Super dengan mengumpul 14 mata daripada 13 perlawanan yang diharungi. Ini merupakan peluang terbaik mereka bagi menjarakkan kedudukan daripada pasukan di tangga ke-11 iaitu Perak FC yang sudah tewas kepada Kedah Darul Aman FC semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram