Gaji Tak Dibayar Setahun, Marco Simic Tinggalkan Persija Jakarta Dengan Sakit Hati
Dunia
Persija Jakarta
Advertisements

Penyerang kelahiran Croatia, Marco Simic sah meninggalkan kelabnya, Persija Jakarta selepas menderita satu tahun tidak dibayar gaji.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan nadi buat pasukan Indonesia itu di bahagian jentera serangan pasukan apabila mengemudi pasukan dengan begitu cemerlang.

Bekas penyerang Melaka United ini sudah pun memasuki musim kelimanya bersama kelab tersebut dengan rekod 14 gol dalam 27 perlawanan merupakan satu pencapaian yang amat baik buat dirinya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa sudah pun membatalkan kontraknya selepas kelab gagal untuk melangsaikan gajinya selama setahun.

’Saya dengan berat hati ingin mengumumkan bahawa saya kini tidak lagi bersama Persija Jakarta.’

‘Saya mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak kerana pasukan tidak mematuhinya dan tidak membayar gaji saya selama setahun.’

Advertisements

Malah, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk diambil olehnya kerana selepas berjaya membantu pasukan untuk meraih 4 trofi sepanjang keberadaannya di sana.

Beliau juga mengakui kini sudah tidak mampu lagi untuk bersabar dengan segala janji manis yang tidak tertunai dan perlu mengambil tindakan untuk meneruskan kariernya yang menjadi periuk nasinya.

Simic juga mengakui tidak akan melupakan pasukan kesayangannya sambil berharap agar dapat terus mengembangkan lagi kariernya di tempat lain.

Advertisements

‘Saya sayangkan kelab ini ,bandar ini dan negara ini dan saya sayangkan kamu semua.’

Beliau juga tidak akan melupakan sejarah yang dicipta bersama selain pelbagai memori indah semasa bersama kelab tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram