Blog
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Walaupun pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan sinonim dengan sepakan penalti oleh sebahagian ‘haters’ mereka, namun pemilik JDT, Tunku Ismail Idris (TMJ) mendedahkan pasukan manakah yang lebih sinonim dengan sepakan penalti untuk saingan Liga Super musim ini.

Dengan ketiadaan Video Bantuan Pengadil (VAR), pastinya kontroversi melibatkan pemberian sepakan penalti akan berterusan dan baru-baru ini dalam perlawanan JDT menentang Sri Pahang, dua sepakan penalti yang diberikan merupakan sesuatu yang perlu dinilai semula.

TMJ memuatnaik satu instagram story yang mendedahkan bahawa pasukan JDT bukanlah sebuah pasukan yang kerap mendapat sepakan penalti musim ini. Mereka hanya menjaringkan dua gol melalui sepakan penalti daripada jumlah 15 gol jaringan keseluruhan dalam Liga Super.

Advertisements

Pasukan yang paling banyak menjaringkan gol melalui sepakan penalti adalah pasukan Negeri Sembilan yang menjaringkan 4 gol melalui sepakan penalti daripada jumlah keseluruhan jaringan mereka iaitu 11 jaringan.

Diikuti oleh pasukan Sri Pahang yang menjaringkan 3 gol sepakan penalti dari 11 gol keseluruhan yang mereka jaringkan dan seterusnya, Selangor juga menjaringkan 3 gol penalti dari keseluruhan 12 gol yang mereka jaringkan di Liga Super.

Berdasarkan statistik yang dimuatnaik TMJ ini, ternyata dakwaan sesetengah pihak bahawa JDT begitu mudah diberikan penalti oleh pengadil adalah tidak benar sama sekali.

Advertisements
Penalti "Mari Kita Tengok Siapa Juara Penalti Liga Super Setakat Ini"
Kredit: Instagram TMJ

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram